Dec 31, 2010

Melaboh Tirai 2010 dengan penuh keazaman.......KBS bangkitlah dari tidurmu yang panjang???

Untuk lebih berjaya. Untuk berdaya maju. Untuk lebih ke hadapan. Belia dambakan suatu medan perjuangan yang lebih telus dan berani. Kini pergerakan belia dilihat lebih bermaya sebelum Akta 668 mengambil tempat. Namun empat sudut kotak undang-undang semata tanpa suntikan tenaga takkan mampu menggerakkan enjin yang mahu bergerak. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mesti punya daya refleksi memahami permasalahan asas sebegini.

Usahlah bawa cadangan yang jauh dari misi sebenar bagaimana belia harus digerakkan. Bank Belia ibarat omongan kosong yang tiada membawa erti apa-apa melainkan khayalan yang sukar untuk dilihat jadi realiti. Segeralah berjejak di atas tanah yang masih subur dengan air hujan. Jangan nanti kemarau mendatang, tanah langsung akan terus merekah dan kontang. Ketika bumi suburlah benih mesti disemai kerana tanah sedemikian sudah sediakalanya berbaja.

Berlari mengejar pelangi pasti tak akan sampai ke destinasi. Hanya memegunkan kepimpinan belia dengan janji-janji kosong warna sang pelangi indah. Namun lopong. Belia tidak mahu dpermainkan begitu.

Sebagai golongan yang paling interaktif, belia mahukan sesuatu lebih lebih telus, jujur dan ikhlas. Barulah akan dapat dilihat ketaatan dari luhur hati mereka. Namun jika belia dikasari dengan herdikan disuruh membanting tulang sendiri sebelum menanak nasi, pasti belia akan meninggalkan persada pergerakan belia yang bertujuan untuk membangunkan daya kepemimpinan belia.

Institusi pergerakan belia adalah suatu institusi latihan kepemimpinan. Ianya bukanlah institusi pergerakan politik pilihanraya. Institusi ini tidak mengerti helah mainan ala politikus usang. Institusi ini jua tiada kenal budaya herdik maki hamun jelekan. Institusi ini amat bermaruah. Amat mengesankan ahli-ahlinya. Institusi ini kadang sentimental kerana ia mengajar erti perjuangan. Kesusahan biasa jadi santapan harian. Kepayahan jua adalah sebahagian catatan diari penggembleng institusi pergerakan belia ini. Jangan diambil kesempatan atas sikap naif keadaan sedemikian dengan mereka dijadikan kuda gembalaan. Adakanlah sedikit rasa hormat dan kasihan kepada semua pendukung pergerakan belia itu.

Itu sebahagian yang berfikiran harus tutur kata jadi lembut simfoninya. Namun ada juga ingin kasar tegas, marah menjerit. Kata mereka.... Mahu lantang Macam suara puitis Pak Chairil Anwar dalam sajaknya "Aku", puisinya "Semangat! Mahu gegar tanah Semenanjung ini hingga suara di Borneo bisa mendengar rintihan. Bukan nak merintih tapi nak memberitahu. Bukan sekadar nak mengkhabarkan tapi mahu ianya dibuat begini dan begini.

Ini zaman pasca moderen. Ini zaman maklumat sampai sederas teknologi. Ini zaman mereka bilang media baru. Jaringan sosial bertautan. Bukan sekadar jeritan ala "Jamban Setinggan" dalam coretan Pak Samad Said. Itu zaman itu. Zaman Pak Menteri dan zaman Dato' KSU dan Dato' KP. Ini zaman anak usia pra sekolah sudah pandai berbicara dan berbahas.

Makanya, Kementerian Belia dan Sukan mesti tahu. Bukan sekadar portfolio Sukan yang mereka teraju malah sebenarnya mereka harus, mesti dan faham bahawa mereka terajui suatu bidang yang amat penting dalam struktur kependudukan di Malaysia. Iaitu golongan belia!!!!!

Golongan belia itu siapa? Banyak benar kini istilah lain yang menafsirkan golongan belia di Malaysia. Dalam koleksi negatif kita boleh tulis mereka sebagai shufflers, punksters, rappers, techtonic boys n girls, head bangers, rider maut, 3 line dan bagai-bagai lagi. Adapun golongan ala-negatif kita juga panggil mereka drifters, draggers, bikers dan bagai-bagai juga. Mereka juga ada yang jadi penyumbang anak-anak Malaysia tanpa bapa. Anak-anak Malaysia Tong Sampah dan bagai-bagai ragam.

Golongan belia tersebut juga sedang menjadi pembentuk budaya Tanpa Sijil Nikah Yang Sah. Mereka juga sedang merancang untuk menjadi perompak antarabangsa dalam metode Cyber Criminial. Apakah KBS sedar ini semua? Apakah KBS masih buta Teknologi Maklumat dan Teknologi Bicara. Adakah KBS nak menunggu Teknologi Gelombang yang memperkenalkan perkakasan hologram. Ini baru zaman Televisyen dan jangan menanti zaman Telepresence sampai di bumi Asia Tenggara.

KBS mesti segera peka dan peka dan lebih peka dan terus peka kepada perubahan secara digital yang cukup mendadak dan meledak. Usah menung dan menagih korupsi akal yang tak mampu nak meneroka peredaran masa yang pantas dan amat pantas. Usahlah didadahi dengan budaya cukup muat dengan berkata... Eh! kami sudah buat itu dan ini. Sedangkan itu semua sudah dilapuki detik saat jarum jam yang berdetak.

Barangkali kesombongan jiwa dan rohani, maka KBS terus mundur dan memundur ke belakang. Tiada lagi tahu dan mahu. Tiada lagi ingin dan kepingin. Lalu belia Malaysia jadi jiwa dan jasad yang terpenjara dalam edaran masa dan tempat. Turunlah ke bawah dan jadi belia semula. Bukan sahaja Akta mesti diaktai malah sikap jua mesti disikapi. Agar nanti Malaysia tidak jadi anarki dek kerana tiada orang lagi yang mahu memimpin dan dipimpini.

Gelodak budaya pasca moderen pasti tiada kenal erti noktah. Budaya pasca moderen mahu jadi lebih ganas dan mengganas. Sasaran budaya ini adalah golongan belia kerana golongan inilah yang boleh diperdaya walau melalui telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas.. Seringkas nano dan belia pun dipangkas jiwanya.

Oct 14, 2010

Presiden MAYC di Astro Awani Malam ini

Ikutilah pandangan Presiden Mayc Kebangsaan Sdr Akhramsyah Sanusi diAstro Awani pada malam ni jam 8.15 malam dalam eksklusif bicara yang bertajuk "BAJET MARHAEN". ikutilah pandangan Belia Marhaen tentang bajet diluahkan dari lidah harimau Mayc Kebangsaan yang sah.

Aug 12, 2010

Majlis Iftar EXCO MAYC Perak Bersama Presiden MAYC Kebangsaan

Pada 18 haribulan Ogos (Hari Rabu) nanti sautu Majlis Iftar EXCO Mayc Perak bersama Presiden MAYC Kebangsaan, Sdr Akhramsyah Muammar Ubaidah akan dilangusngkan di Hotel Tower Regency, Ipoh pada bermula jam 6.30 petang.

Semasa dan selesai acara Iftar perbincangan akan dijalankan bersama Presiden tentang halatuju dan gagasan MAYC Kebangsaan yang baru.

Aug 10, 2010

Pertemuan JK Kebangsaan dengan pihak ROY amat memberangsangkan

Ringkasnya ialah Berjaya. Minit Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 telah diserahkan melalui Borang PB09. Dan pihak ROY telah menerimanya. Responsif yang memberangsangkan. Usaha yang gigih serta keyakinan yang teguh adalah penentu perjalanan yang positif.

Sembang agak panjang bersama dengan pegawainya juga membuahkan beberapa idea yang cukup bernas. Sdr Presiden mangatur bicara dengan baik sekali. Senyuman dan keriangan adalah jiwa pertemuan petang tadi.

Petang Isnin yang cukup damai. Kini tugas kempimpinan MAYC Kebangsaan adalah untuk meneruskan gerakerja. Menyusun aktiviti yang memberikan kesan kepada jiwa anak muda. Turun ke bawah dan membina kekuatan organisasi. Daftarlah seberapa banyak kelab belia sekadar termampu. Episod perjuangan belia pasti akan dirasai.

Santuni persekitaran perjuangan dengan lafaz dan kata-kata yang membina kekuatan Mental. Membina kekuatan Jasad dan Menyentuh hati Rohani. Juga jangan lupa ambil pusing tentang perkembangan politik. Ambil bahagian dalam perkembangan ekonomi. Dan jangan lupa akan tugas kemasyarakatan mesti selalu menjadi rutin perjuangan. Belia kini mesti kreatif dan inovatif. Sematkan Jiwa 1 Malaysia dan jangan lupa.... Kibarkanlah Jalur Gemilang!

Aug 1, 2010

Anak Sanusi Junid terajui MAYC

Anak Sanusi Junid terajui MAYC
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2010/08/01

Akhramsyah Sanusi
Akhramsyah Sanusi

PETALING JAYA: Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) mulai semalam diterajui muka baru, Akhramsyah Sanusi selepas 11 tahun dipimpin Tan Sri Syed Hamid Albar, sekali gus menyegarkan kembali pertubuhan berusia 54 tahun itu yang selama ini bergolak.

Akhramsyah, 36, anak pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid, dipilih sebulat suara pada mesyuarat agung tahunan (AGM) MAYC bagi tempoh 2010/2012.


Pertubuhan itu dianggotai 311 kelab gabungan dipimpin Syed Hamid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, sejak 1999 selepas mengambil alih daripada Sanusi yang menerajuinya selama 28 tahun.

AGM yang diadakan di sini semalam adalah yang pertama dalam tempoh lima tahun.

AGM itu sepatutnya diadakan pada 2006 tetapi ditangguhkan sehingga 2007 tetapi masih gagal diadakan berikutan masalah dalaman.

Kepemimpinan MAYC yang dipilih adalah muka baru termasuk timbalan presiden, Abdul Karim Mohamad manakala Setiausaha Agung, Ahmad Ansor Mohd Rivai Batubara.

Ketika ditemui selepas AGM itu, Akhramsyah yang juga pengurus operasi peruncitan sebuah syarikat minyak antarabangsa, berkata matlamat utama kepemimpinannya ialah menyelamatkan MAYC daripada dibubarkan berikutan krisis kepemimpinan pertubuhan itu. 
“MAYC sudah menerima beberapa surat amaran meminta AGM diadakan tetapi terus ditangguhkan tanpa diberi sebarang tarikh. Pejabat Pendaftar Belia (ROY) tidak mengambil kira itu semua kerana mengikut perlembagaan, AGM mesti diadakan.

“Ahli juga mahukan kepemimpinan muda menerajui kelab ini tetapi kami tidak sekali-kali mengenepikan pandangan orang veteran,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjemput Syed Hamid selaku pemimpin MAYC sebelum ini, untuk menghadiri AGM itu. Syed Hamid tidak hadir pada majlis itu.

“Kami menjemput semua pihak tetapi perwakilan dari Kelantan, Pahang dan Melaka tidak hadir. Perwakilan Kelantan memberi alasan salah seorang wakil rakyat mereka sedang nazak tetapi agak terkilan ketidakhadiran perwakilan Pahang dan Melaka. Namun kita masih bersangka baik, mungkin mereka ada hal yang tidak dapat dielakkan.

“Mungkin mereka mengambil nasihat pihak lain supaya tidak menghadiri AGM kali ini. Saya bersyukur kerana pemilihan perwakilan kali ini berjalan lancar. Kepemimpinan lama juga perlu terbuka untuk menerima orang muda. Mereka boleh mempengaruhi tetapi jangan menghalang,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menghantar laporan kepada ROY mengenai situasi terkini selepas AGM dan pemilihan diadakan dan menunggu tindakan ROY selanjutnya. 

Jul 28, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010

Mesyuarat Agung Tahunan MAYC 2010 bakal dilaksanakan di International Institute of Advamce Islamic Studies (Dalam perkarangan INTAN Wilayah Tengah), Jalan Elmu off Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor pada 31 Julai 2010 bermula jam 8.30 pagi. Dato' Nasir Safar dijangka HADIR Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC 2010. Semua Perwakilan dijemput hadir. Selamat Bersidang!

May 26, 2010

Datanglah ke Karnival Sukan Berkuda pada 4, 5 & 6 Jun di Iskandar Polo Club, Ampang Baru, Ipoh

Karnival Sukan Berkuda

Anjuran MAYC Negeri Perak
Bersama Iskandar Polo Club
Di Ampang, Ipoh

Pada 4, 5 & 6 Jun, 2010
(Jumaat, Sabtu & Ahad)

BANYAK ACARA AKAN DILANGSUNGKAN

(1)               Mengetahui “Sentuhan” Kuda dari dekat
(2)               Joy Ride / Tunggangan Kuda
(3)               Menyaksikan & menyertai “Horse Novelty Event”
            +          “Ride A Ringgit”
            +          “Egg in The Tea Spoon”
(4)               Mengetahui Pelbagai Aspek Kuda (dari segi grooming/penjagaan)
(5)               Menyaksikan pertandingan polo
(6)               Pertunjukan polo oleh pasukan wanita
(7)               Pertunjukan polo antara kanak-kanak
(8)               Pendaftaran Kelas Belajar (Menunggang Kuda) Oleh Mahmud

ACARA & PERTANDINGAN LAIN YANG TURUT DIADAKAN

(1)       Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
            +          Kategori Murid Sekolah – Bawah 9 Tahun
            +          Ketogori Tadika – Bawah 7 tahun
            +          Kategori Tadika – Bawah 5 Tahun
(2)       Pertandingan PS2 (Winning 11) (Terbuka)
(3)               Pertandingan Karaoke
(4)               Pentandingan Tarian Shuffle/Tectonic
(5)               Studio Luar PerakFM (1booth)
(6)               Pameran oleh Agensi Kerajaan (5 booth)
a.                  Rakan Cop/PDRM
b.                  Pemeriksaan Kesihatan Percuma/Derma Darah
c.                  Pameran Anti Dadah/Rakan RADA oleh AADK
d.                 Askar Wataniah
e.                  Jabatan Tenaga Kerja
f.                    SPR/JASA
g.                 Pasukan Bomba & Penyelamat
(7)               Pameran/Jualan oleh Pihak Swasta
a.                  Celcom/TM
b.                  Perodua
c.                  CIMB Bank
d.                 Motor Klasik
e.                  Kereta Klasik
f.                    Produk Kecantikan
g.                 Produk Kesihatan
h.                 Pakaian & Aksesori
(8)               Gerai Makanan & Minuman 

May 6, 2010

JOM HADIR KE PLEANCARAN MAYC 1 BIKERS CLUB

KEPADA SEMUA MAT MOTOR - Jemput Dtg di Litar Dato' Sagor Kg Gajah pada *8 Mei 2010 (Sabtu)*- Bnyk Program Stunt Show, Driff, Time Attack, Servis Percuma, Sprint Test, Pameran, Penampilan: SHAHRUNNIZAM&WAZI BOYS, ujibakat artis baru oleh PerakFm-Dengar Perak FM-Masuk Percuma-Hubungi Azmi 0194216119




PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA NEGERI PERAK
IPOH, PERAK

Ruj. Kami:          PKBM(PK)/31/10
Ruj.Tuan:                           
Tarikh:                 03rd May 2010

Kepada,

SEMUA KEPIMPINAN & AHLI MAYC 
SEMUA KEPIMPINAN BELIA & WARGA BELIA
SEMUA RAKYAT MALAYSIA


Salam 1 Malaysia

Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI ACARA / MAJLIS PERASMIAN PROGRAM “PRA PELANCARAN MAYC 1 BIKERS CLUB” & PROGRAM “1 MALAYSIA MAYC PERAK TIME ATTACK CHALLENGE (GYMKHANA STYLE) 2ND SERIES”

Kami mendoakan agar pihak Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Dengan segala sukacitanya, MAYC Perak akan menjayakan dua (2) Program yang akan dijalankan serentak pada hari yang sama iaitu pada 8 Mei, 2010 bertempat di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak.

Program tersebut adalah seperti berikut:-

(1)               PRA PELANCARAN MAYC 1 BIKERS CLUB
(2)             1 MALAYSIA MAYC PERAK TIME ATTACK CHALLENGE (GYMKHANA STYLE) 2ND SERIES

Buat pengetahuan Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan, MAYC Kebangsaan telah melancarkan “1 Bikers Club” untuk menghimpunkan pemilik bermotosikal dalam sebuah kelab dan program pra pelancaran di Negeri Perak ini adalah sessi pra pelancaran yang pertama bagi Peringkat Kebangsaan.

 Seterusnya untuk makluman Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan, Program  1 Malaysia Mayc Perak Time Attack Challenge (Time Attack) adalah siri-siri program sukan Drift bermotor dan siri keduanya diadakan di Pasir Salak selepas ianya telah dilaksanakan dengan dengan jayanya pada 17 April 2010 di Bandar Baru Kampar. Program Time Attack ini akan dilaksanakan secara bersiri melibatkan 24 MAYC Kawasan sebagai sisipan kepada program mega “1 Malaysia MAYC Perak Drift Show 2010” yang akan dilangsungkan pada 25, 26 & 27 Jun, 2010 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan untuk menghadiri Acara / Majlis Perasmian Program yang bakal dilangsungkan..

Aturcara program yang akan dilangsungkan pada 8 Mei 2010 iaitu pada hari Sabtu di Litar Dato’ Sagor akan dilampirkan bersama surat ini.

Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan, kami akan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Yang benar,

T.T.
 Setiausaha MAYC Perak
  
Lampiran ATURCARA PROGRAM

TARIKH: :        08 MEI 2010 (HARI SABTU)
TEMPAT :        LITAR DATO’ SAGOR, PASIR SALAK
                          
PAGI

8.00
PENDAFTARAN AHLI KELAB 1 BIKERS

MOTOSIKAL BERHIMPUN
(JANGKAAN SERAMAI 4,000 BUAH MOTOSIKAL)
9.00
PERTUNJUKAN MOTOSIKAL

PERTUNJUKAN DRIFT KERETA
10.00
PERSEMBAHAN OLEH ARTIS JEMPUTAN
11.00
Acara Pertandingan Time Attack Kereta

Acara Pertandingan Time Attack Motosikal


PETANG

2.00
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM

-Ucapan Pengerusi MAYC Perak
  Sdr Azmi bin  Ismail

-Ucapan Presiden MAYC Kebangsaan
  YB Puan Suraya Yaacob

-Ucapan Perasmian oleh                                          
  YB Dato’ Zainol Fadzi Paharuddin
  Exco KesenianBelia & Sukan

-        Gimik Perasmian
-        Penyampaian Cenderahati
-        Acara Penyampaian Hadiah
3.00
Sambungan Pertandingan Mengikut Kategori
6.00
    -   Acara Penyampaian Hadiah oleh VVIP

Apr 6, 2010

MARI SERTAI!!!........1MAYC Time Attack.

Time Attack (Gymkhana Style) :

Pertandingan pemanduan kereta melalui laluan yang telah ditetapkan dengan masa yang paling singkat akan dikira pemenang.


Syarat penyertaan :
1 - Terbuka kepada semua masyarakat terutama golongan belia dan ahli pertubuhan belia dan kelab.
2 - Penyertaan kepada kereta / motor yang mempunyai cukai jalan yang sah
3 - Memiliki lesen memandu yang sah
4 - Mematuhi arahan marsyall dan pegawai yang bertugas
5 - Mematuhi langkah-langkah keselamatan
6 - Keputusan pengadil adalah muktamad

Yuran :
1- Kereta RM 55
Auto show ( RM20 - terhad kepada ahli Prosboc dan pemilik Saga BLM sahaja)
2 - Motorsikal RM 25

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi : En Kedoc Kamil  (019-4325825)

Apr 5, 2010

Majlis Tautan Kasih di Rumah Anak Yatim Miskin An Nur Maisarah

Terima kasih kepada Mat-mat Motor yang datang menjalinkan Tautan Kasih Sayang. Inilah anjakan paradigma yang kita cari. Video menunjukkan mereka memulakan perjalanan menuju ke Rumah Anak Yatim. Jom tonton dan hayati lagu ini....



Sesampai sahaja mereka di sana maka bermulalah satu tautan kasih... dan ini benar cukup menjiwakan suasana dan mensuasanakan jiwa....

Apr 3, 2010

Pengerusi Mayc Perak, Sdr Azmi Ismail

Posted by Picasa

Bila Belum Memanggil - Perkhemahan Beliawanis akan jadi kenyataan


Isnin (05/04/2010), Mesyuarat Bersama antara Mayc PerakPerak Campers (PCA) akan diadakan bagi menjayakan Program Perkhemahan Beliawanis di Hutan Belum. Terima kasih juga kepada Perbadanan Taman Negeri Perak kerana memberikan sokongan yang sewajarnya. Kita berharap program ini akan menyemarkkan lagi kerjsama antara beliawanis di Perak.

MAYC Perak mendekati Mat-mat Motor


Pada Hari Ahad - 4 April 2010,  suatu kerjasama antara Persatuan Belia Motor Malam, Mayc Perak, MBD Kinta & Yayasan AnNur Maisarah - menjayakan suatu program Khidmat Bakti Belia bersama Anak Yatim. Tahniah kpd mereka yang telah bertungkus lumus menjayakannya. Kita berharap lepas ini geng Mat Motor kita akan lebih sayang Anak-anak Yatim...


Depa kata Mat-Mat Motor itulah inilah dan macam2lagi. Namun tidak bagi kami, MAYC Perak. Kami dekati mereka dan ternyata mereka ini hebat... Dan esok kita cuba nak bagi tahu ramai orang, Mat-mat Motor ini memang punya jiwa romatika d amor... Walau nampak kasar namun hati mereka kristal... Sesentuh hati mereka prihatin kepada anak-anak Yatim. Anda bila lagi? Dengan wang saku masing-masing mereka taburkan budi.....

Mar 18, 2010

Pelancaran Kelab Belia PEWARIS MAYC

24 Mac 2010 - Pelancaran penubuhan sebuah kelab belia di Pusat Bandaraya Ipoh dengan nama KELAB BELIA PEWARIS MAYC GREENTOWN. Majlis akan diadakan di Restoran Vanggey, Ipoh.

Semakin hari, pertambahan kelab yang amat membanggakan. Diharapkan ramai lagi belia akan menyertai kelab-kelab ini dan sama-sama menyemarakkan lagi semangat belia muda masakini.

Program Bersama Anak Yatim Chemor

Info Program....

Persatuan Belia Motor Malam, Persatuan Belia Sinaran Baru Kg Tengku Hussin Baru & Pertubuhan Belia Sanubari Insan Jelapang dengan Kerjasama MAYC Perak akan menganjurkan Program Bersama dengan Anak Yatim di Rumah Yayasan An Nur Maisarah, Chemor pada 4/4/10 (Ahad) 200 buah motor lebih kurang 300 orang akan bersama di sana.... 

Kelab Motosikal Lagenda Perak dan LC Perak akan turut serta memeriahkan program tersebut.....

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

 


Mar 17, 2010

Program Drift akan dilaksanakan


1 Malaysia MAYC Perak Drift Open 2010 - in the spirit of The Call Of Ktulu

Mar 12, 2010

Perjumpaan Khas AJK Kawasan - 11 Mac 2010

Mesyuarat Khas Program MAYC Perak diadakan pada Khamis 11 Mac 2010 bagi menyusun takwim tahunan dan pembahagian tugasan

Mar 10, 2010

Kelab Baru lagi...

Persatuan Belia Teknologi Maklumat MAYC Ayer Tawar telah ditubuhkan menjadikan kelab belia MAYC berasaskan IT yang pertama di Perak setelah 2 kelab belia MAYC berasaskan masjid ditubuhkan, malam Khamis di Pasir Salak bagi menghadiri penubuhan 2 lagi kelab belia MAYC di sana.

3 Kelab Belia Baru...

Bermodalkan RM300 sahaja, 3 Kelab Belia ditubuhkan - di Kg Kubang Pekan, Kg Rambai 7 dan Kg Menora... Ramai belia datang - Team bola belia di sana seronok kerana dapat lagi 2 set jersi - Ketua Kampung & JKKKK pun seronok kerana belia semakin aktif. UMNO pun seronok dapat ramai ahli & daftar pemilih baru. Belia di sana... kata - TQ kepada MAYC Perak kerana buat semua ini... Majlis semalam sukses dengan jaya...

JoM Baca !!!

Galakkan membaca untuk semua pimpinan belia yang sedang berusaha untuk memahami kemahuan belia kini.

Kita cuma perlu menambah kemahiran, misalnya, dengan menelaah buku berkaitan, seperti tulisan Adele Faber dan Elaine Mazlish (2005),
How to Talk So Teens Will Listen & Listen So Teens Will Talk.

Mar 2, 2010

03 - 02 - 2010
Mesyuarat Jawatankuasa MAYC Negeri Perak di Bilik Seminar Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak

Feb 26, 2010

Tayangan Filem - Perempuan Hujan & Kematian


Pendapat mereka tentang Tayangan Filem Filem Hujan & Kematian

"Aktiviti yang mempunyai kelainan dan tidak disangka-sangka dapat berjumpa dengan orang-orang seni yang tinggi nilai seninya. Terima kasih kerana diberi peluang."

 

"Bagus MAYC Perak... telah menelurusi golongan belia penggemar seni dan ahli seni... MAYC Perak nampaknya serius mendekati golongan belia art & indie.. Mereka adalah penggiat muzikal dan fileman dalam gerakan indie... Moga MAYC Perak melonjakkan mereka ke setapak atas.."


"Melibatkan diri dengan aktiviti yang sering dipandang enteng..membahagikan masa dengan mendalami ilmu pengetahuan yang tidak dapat dipeljarai secara formal..perhubungan sesama insan.."