Mar 12, 2010

Perjumpaan Khas AJK Kawasan - 11 Mac 2010

Mesyuarat Khas Program MAYC Perak diadakan pada Khamis 11 Mac 2010 bagi menyusun takwim tahunan dan pembahagian tugasan

Mar 10, 2010

Kelab Baru lagi...

Persatuan Belia Teknologi Maklumat MAYC Ayer Tawar telah ditubuhkan menjadikan kelab belia MAYC berasaskan IT yang pertama di Perak setelah 2 kelab belia MAYC berasaskan masjid ditubuhkan, malam Khamis di Pasir Salak bagi menghadiri penubuhan 2 lagi kelab belia MAYC di sana.

3 Kelab Belia Baru...

Bermodalkan RM300 sahaja, 3 Kelab Belia ditubuhkan - di Kg Kubang Pekan, Kg Rambai 7 dan Kg Menora... Ramai belia datang - Team bola belia di sana seronok kerana dapat lagi 2 set jersi - Ketua Kampung & JKKKK pun seronok kerana belia semakin aktif. UMNO pun seronok dapat ramai ahli & daftar pemilih baru. Belia di sana... kata - TQ kepada MAYC Perak kerana buat semua ini... Majlis semalam sukses dengan jaya...

JoM Baca !!!

Galakkan membaca untuk semua pimpinan belia yang sedang berusaha untuk memahami kemahuan belia kini.

Kita cuma perlu menambah kemahiran, misalnya, dengan menelaah buku berkaitan, seperti tulisan Adele Faber dan Elaine Mazlish (2005),
How to Talk So Teens Will Listen & Listen So Teens Will Talk.

Mar 2, 2010

03 - 02 - 2010
Mesyuarat Jawatankuasa MAYC Negeri Perak di Bilik Seminar Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak

Feb 26, 2010

Tayangan Filem - Perempuan Hujan & Kematian


Pendapat mereka tentang Tayangan Filem Filem Hujan & Kematian

"Aktiviti yang mempunyai kelainan dan tidak disangka-sangka dapat berjumpa dengan orang-orang seni yang tinggi nilai seninya. Terima kasih kerana diberi peluang."

 

"Bagus MAYC Perak... telah menelurusi golongan belia penggemar seni dan ahli seni... MAYC Perak nampaknya serius mendekati golongan belia art & indie.. Mereka adalah penggiat muzikal dan fileman dalam gerakan indie... Moga MAYC Perak melonjakkan mereka ke setapak atas.."


"Melibatkan diri dengan aktiviti yang sering dipandang enteng..membahagikan masa dengan mendalami ilmu pengetahuan yang tidak dapat dipeljarai secara formal..perhubungan sesama insan.."

Feb 2, 2010

Paintball 1Malaysia

Bertempat di : Jahang River Paintball, Gopeng Perak
Tarikh  : 30 - 01 2010

Paintball 1Malaysian Bersama Pemimpin.

 

Sidang Media Program Paintball

21-01-2010 telah berlangsung satu sidang media Program Paintball 1Malaysia MAYC Perak bersama Pemimpin bertempat di Hotel Seri Malaysia.
.

Kunjung Hormat MAYC Perak Ke AADK Perak



AADK Perak 21.01.2010 : Satu kunjungan hormat terdiri daripada pemimpin tertinggi MAYC Negeri Perak iaitu En. Azmi Bin Ismail (Pengerusi MAYC Perak), En Rozamir (Timbalan Pengerusi) dan En Ahmad Ansor (Setiausaha) telah mengunjungi pejabat AADK Perak sebentar tadi. Dalam kunjungan hormat tersebut mereka sempat beramah mesra bersama Pengarah AADK Negeri Perak dan ingin salin bantu-membantu dalam program-program yang dijalankan oleh pihak AADK mahupun pihak MAYC sendiri.

Di akhir lawatan, satu kertas cadangan kerjasama MAYC bersama AADK Perak telah dikemukakan kepada Pengarah. Beberapa gambar lawatan tersebut juga telah dirakamkan seperti yang dipapar di laman web ini.

Dec 30, 2009

Senarai Pengerusi MAYC Kawasan


SENARAI PENGERUSI MAYC KAWASAN
NOOR AZMAN BIN MD AZHARI
TAMBUN

MOHD KHAIROL AZUAN BIN ARIFFIN

LUMUT

SYED MOHAMMED ALI HANAFIAH BIN KAMARUDDIN

SUNGAI SIPUT

AZMI BIN ISMAIL

PASIR SALAK [PENAJA]

AHMAD ANSOR BIN MUHD RIVAI BATUBARA

TAIPING [PENAJA]

ZAIHAL AZNAL BIN ZAINALABIDIN

BATU GAJAH [PENAJA]

MIOR MOHD RIZAL BIN MIOR HUSIN

IPOH BARAT [PENAJA]

MOHAMAD BIN CHE RAMLI

IPOH TIMUR [PENAJA]

KHAIRUL ANUAR BIN JUMARI

KUALA KANGSAR [PENAJA]

KHAIRUL IKMAL BIN JOHARI

GOPENG [PENAJA]

RAFIDI BIN MOHD RAZALI

KAMPAR [PENAJA]

KHAIRUL SHAHRIL BIN MOHAMED

PARIT [PENAJA]

IMMY NUR ARMAN BIN IBRAHIM

BUKIT GANTANG [PENAJA]

ABD SALIM BIN ABD WAHID

TANJUNG MALIM [PENAJA]

SOPIAH BINTI KHAMARUDIN

BERUAS [PENAJA]

ROHANA BINTI HJ TARMIZI

BAGAN DATOH [PENAJA]


Dec 25, 2009

Mesyuarat Agung Mayc Yang Pertama 2009

Pada 22 Disember yang lepas, telah berlangsung Mesyuarat Agung MAYC Perak di Hotel Tower Regency, Ipoh. Ianya berjalan secara aman dan teratur. Jawatankuasa baru telah dipilih dan mandat baru telah diberikan oleh para perwakilan.

MAYC Perak telah meniupkan semangat yang membara dan ahli MAYC Perak kini telah berkobar-kobar untuk memulakan tugas masing-masing. MAYC Perak berhasrat dengan penuh tekad untuk menjadi badan belia no.1 di Perak. Kita boleh lakukan! Memang kita boleh!

Apr 8, 2009

BeLia & Komuniti

Suara BeLia


En Azman


En Ismail

Satu Hati Satu Suara

INILAH BARISAN BELIA MAYC, BUKIT GANTANG!!! YANG MENYERTAI PROGRAM
" SATU HATI SATU SUARA"

 

 
Ucapan daripada En Rozamir Zulkifli, seterusnya ucapan daripada Pengerusi MAYC Bukit Gantang iaitu En Ibrahim. Ia menyatakan program ini amat sesuai untuk belia bagi bersama-sama minat mereka disamping mendekatkan diri bersama-sama masyarakat setempat. Selain itu juga, beliau menyarankan agar belia-belia setempat menubuhkan lebih banyak persatuan bagi menyambut baik saranan Kementerian Belia dan Sukan iaitu "SATU KOMUNITI, SATU PERSATUAN".
Penerangan mengenai keselamatan dan etika@disiplin sepanjang konvoi bermotor ini telah di pertanggungjawabkan kepada En Meor Rizal.

 

Sesi pendaftaran peserta. Seramai 25 orang belia MAYC Bukit Gantang menyertai program 'satu hati satu suara ini'. Inilah belia harapan negara. Peserta telah berkumpul di Perkarangan Rumah Pengerusi MAYC Bukit Gantang iaitu En Ibrahim pada jam 9.00 pagi.