Jul 9, 2012

(updated version!) kena halau - tapi mereka tenang - beredar dengan aman - tanda kejayaan

akhirnya semua tenang pulang, mus jayakan agmnya, hak membantah itulah  demokrasi, biar yang berkuasa menentukan, apakah nasib mayc seterusnya........

7 JULAI 2012 - Tarikh kehitaman buat MAYC Kebangsaan, digoreskan oleh sejarah pergerakan belia nasional kerana pada hari tersebut gerombolan perwakilan MAYC yang sah hadir untuk meraikan kedatangan AGM, telah dihalau dari Wisma Belia. Mereka dihalau dengan kejam! Dengan budaya ala gengsterisme!  

Apakah rasionalnya kehadiran pasukan Rela pada hari tersebut? Dan siapakah pula manusia yang berjanggut dan berspek mata hitam itu? Keadaan ini berlaku kerana sekumpulan manusia yang dilihat digambar telah ditugaskan untuk mengheret keluar perwakilan MAYC yang sah! Mereka semua dibayar untuk melakukan tugas tersebut....
tenang nampaknya azmi kendali ketegangan dan provokasi yang cuba ditimbulkan 

Pada sebelah malam, di Wisma Belia, berlangsunglah satu "AGM Pondan" yang penuh dengan muslihatnya. Siapakah yang bersekongkol sehingga "AGM Pondan" ini berlangsung dengan "jayanya"? 


Mus tenang tetapi penuh tandatanya? 
"Apakah aku sedang melakukan sesuatu yang betul?"

   
ROY mesti berikan jawapannya. Kerana jawapannya ada pada ROY. Pendaftar ROY mahupun sesiapa sahaja di baweah pentadbirannya tidak boleh lagi menutup diri masing-masing dengan selimut kepalsuan kerana kini ramai belia mahupun mahasiswa sedang melihat tingkah laku anda mengendali institusi yang dinamakan Pendaftar Pertubuhan Belia.
agm mayc mus nampaknya aman tanpa gangguan


Mus dan rakan-rakannya hanya menjalankan AGM mengikut selera yang mereka rumuskan. Namun demikian, kenapakah ROY hanya melihat dan memerhatikan kezaliman memperkosa kebenaran!

surat menteri seakan dipatuhi - tapi adakah ianya agm penyatuan seperti kehendak asal menteri?
Apakah semua sudah lupa bahawa tarikh AGM 7 Julai tersebut diputuskan secara konsensus? 

Lihatlah semua sekalian para pejuang belia, beginikah cara menangani suatu AGM yang sepatutnya menjadi AGM Penyatuan MAYC? Siapakah yang ajar sebegini?
oh! rupaya ada tentera rela dan bouncer yang menghalang perwakilan sah masuk

bersahaja azmi bicara - bak sedang berpuisi sambil mencapai  putus kata


No comments:

Post a Comment