Feb 2, 2010

Kunjung Hormat MAYC Perak Ke AADK Perak



AADK Perak 21.01.2010 : Satu kunjungan hormat terdiri daripada pemimpin tertinggi MAYC Negeri Perak iaitu En. Azmi Bin Ismail (Pengerusi MAYC Perak), En Rozamir (Timbalan Pengerusi) dan En Ahmad Ansor (Setiausaha) telah mengunjungi pejabat AADK Perak sebentar tadi. Dalam kunjungan hormat tersebut mereka sempat beramah mesra bersama Pengarah AADK Negeri Perak dan ingin salin bantu-membantu dalam program-program yang dijalankan oleh pihak AADK mahupun pihak MAYC sendiri.

Di akhir lawatan, satu kertas cadangan kerjasama MAYC bersama AADK Perak telah dikemukakan kepada Pengarah. Beberapa gambar lawatan tersebut juga telah dirakamkan seperti yang dipapar di laman web ini.

No comments:

Post a Comment